Masukkan kod di sini

Sunday, October 3, 2010

Bukti - bukti Kesan Riba


1. Tahukah anda bahawa, riba', kadar faedah, dan bunga itu adalah benda yang sama?

2. Tahukah anda bahawa riba' adalah punca utama menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang mana mereka yang miskin menjadi semakin miskin dan yang kaya menjadi semakin kaya?

3. Tahukah anda bahawa riba' juga salah satu penyebab jatuhnya empayar Ottoman?

4. Tahukah anda karangan William Shakespeare bertajuk "Merchant of Venice" berkisar mengenai pengambilan riba?

5. Tahukah anda bahawa Allah SW dan Rasulnya mengishtiharkan perang terhadap mereka yang mengambil riba'? (Surah Al Baqarah 2:279)





6. Tahukah anda bahawa mengambil riba', memberi riba', merekod dan menjadi saksi kepada urusan riba itu dosanya adalah sama? (Sahih Muslim)

7. Tahukah anda bahawa larangan riba' juga terdapat didalam Kitab Injil? (Leviticious 25:35-7, Exodus 22:24, Deutronomy 23:19-20 dll.)

8. Tahukah anda bahawa terdapat 70 jenis riba'? Dan yang paling kecil dosanya adalah seperti berzina dengan ibu sendiri? (Ibnu Majah, Baihaqi)

9. Tahukah anda bahawa menerima satu dirham (wang perak) riba' dengan menyedarinya, dosanya lebih besar dari berzina 36 kali? (Ahmad)

10. Tahukah anda bahawa semasa israk mikraj, Nabi SAW melihat mereka yang makan riba' perutnya dipenuhi dengan ular? (Ahmad, Ibn Majah)

11. Tahukah anda bahawa akan tiba masanya tidak ada seorang pun didunia ini yang terkecuali dari riba', jika dia tidak terlibat dengan riba' sekalipun debu atau wap riba' akan kena padanya (Sahih Abu Daud)

Rujukan: The Prohibition of Riba In The Quran & Sunnah oleh Sheikh Imran Hossein



3 comments:

  1. ana.takut.

    tetapi.bagaimana?
    kita.hidup.dlm.sistem.mereka.
    nk.mbuang.jhiliyh+membina.sistem.sendiri..
    ...kit.pula.yg.lmbt.(slow)
    hmm.

    ReplyDelete
  2. hrmmmm
    kita ada sistem kita sendiri..
    perjuangkan sistem kita!!
    tp bagai mana nk melaksanakan???

    ReplyDelete
  3. kita pun ada kekuatan kita.terpulang pada umat tu sndri utk gunakannya..cth:sistem dinar.(macam tok guru laksana kat kelntan)xperlu amek sistem barat sedangkan kita ada yang kita.tunggu masa tuk laksana jer.biler tuk laksana hanya pemerintah ad jawapannya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...