Masukkan kod di sini

Saturday, May 29, 2010

Bagaimana menyentuh hati...

dakwatuna.com – Betapa senang jika kita punya banyak teman. Betapa gembira jika perkataan dan perintah kita diikuti orang lain. Ternyata kuncinya ada pada suasana qalbu kita. Sehingga Rasulullah saw. mengingatkan kita akan pentingnya menjaga hati yang bersih. Sebagaimana sabda beliau;

اَلاَ اِنَّ فِي الجَسَدِ مُضْغَة اِذا صَلَحَتْ صَلَحَ الجَسَدُ كُلُهُ وَاِذا فَسَدَتْ فَسَدَالجَسَدُ كُلُهُ اَلاَ وَهِيَ القَلْبُ (روه البخاري ومسلم)

“Ketahuilah bahwa sesunggunhynya dalam jasad itu terdapat segumpal daging, apabila ia baik maka baiklah seluruh tubuhnya dan apabila ia rusak maka rusaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahwa ia adalah hati (qalbu).” (HR. Bukhari dan Muslim)

Sungguh beruntung bagi siapapun wabilkhusus aktifis dakwah , yang mampu menata qolbunya menjadi hati yang baik, bening, jernih, bersih, dan selamat (صَلَحَتْ ).

Sungguh berbahagia dan mengesankan bagi siapapun sekiranya memiliki qolbu yang tertata, terpelihara, dan terawat dengan sebaik-baiknya. Karena selain senantiasa merasakan kelapangan, ketenangan, ketenteraman, kesejukan, dan indahnya hidup di dunia ini, pancaran kebeningan hati pun akan tersemburat pula dari indahnya setiap aktivitas yang dilakukan (صَلَحَ الجَسَدُ كُلُهُ) .

Betapa tidak, orang yang hatinya tertata dengan baik, wajahnya akan jauh lebih jernih, bagai embun menggelayut di ujung dedaunan di pagi hari yang cerah, lalu terpancari sejuknya sinar mentari pagi; jernih, bersinar, sejuk, dan menyegarkan. Tidak berlebihan jika setiap orang akan merasa nikmat menatap pemilik wajah yang cerah, ceria, penuh sungging senyuman tulus seperti ini.

Begitu pula ketika berkata, kata-katanya akan bersih dari melukai, jauh dari kata-kata yang menyombongkan diri, terlebih lagi ia terpelihara dari kata-kata riya. Subhanallah!. Setiap butir kata yang keluar dari lisannya, yang telah tertata dengan baik ini, akan terasa sarat dengan hikmah, sarat dengan makna, dan sarat akan manfaat. Tutur katanya bernash dan berharga. Inilah buah dari gelegak keinginan di lubuk hatinya yang paling dalam untuk senantiasa membahagiakan orang lain.

Hati yang bersih merupakan buah dari amal yang diperbuat seseorang. Bakr bin Abdullah Al-Muzanni, seorang tabi’in mengungkapan akan hal ini seperti dalam penuturannya;

“إذَا وَجَدْتَ مِنْ إِخْوَانِكَ جَفَاءً، فَتُبْ إلىَ اللهِ فَإِنَّكَ أَحْدَثْتَ ذَنْبًا،

وَإِذَا وَجَدْتَ مِنْهُمْ زِيَادَةَ وُدٍّ، فَذَلِكَ لِطَاعَةٍ أَحْدَثْتَهَا فَاشْكُرِ اللهَ تعالى

Jika kalian mendapati pada saudaramu kekeringan, maka segeralah bertaubat kepada Allah, karena sesungguhnya itu merupakan akibat dari dosa yang ia kerjakan. Dan apabila kalian mendapati dari mereka bertambah kasih sayang, yang demikian itu merupakan buah dari ketaatan, maka bersyukurlah kepada Allah.

Orang yang bersih hati, akal pikirannya pun akan jauh lebih jernih. Baginya tidak ada waktu untuk berpikir jelek. Apalagi berpikir untuk menzhalimi orang lain, sama sekali tidak terlintas dibenaknya. Waktu baginya sangat berharga. Mana mungkin sesuatu yang berharga digunakan untuk hal-hal yang tidak berharga? Sungguh suatu kebodohan yang tidak terkira. Karenanya dalam menjalani setiap waktu yang dilaluinya ia pusatkan segala kemampuannya untuk menyelesaikan setiap tugas hidupnya. Tak berlebihan jika orang yang bersih hati seperti ini akan lebih mudah memahami setiap permasalahan, lebih mudah menyerap aneka ilmu pengetahuan, dan lebih cerdas dalam melakukan beragam kreativitas pemikiran. Bersih hati ternyata telah membuahkan aneka solusi optimal dari kemampuan akal pikirannya. Subhanallah!

Kesehatan tubuh pun terpancari pula oleh kebeningan hati, buah dari kemampuannya menata qolbu. Detak jantung menjadi terpelihara, tekanan darah terjaga, ketegangan berkurang, dan kondisi diri yang senantiasa diliputi kedamaian. Tak berlebihan jika tubuh pun menjadi lebih sehat, lebih segar, dan lebih fit. Tentu saja tubuh yang sehat dan segar seperti ini akan jauh lebih memungkinkan untuk berbuat banyak kepada umat.

Tarnyata hati yang bersih, sangat banyak manfaatnya. Apalagi kita sebagai aktifis dakwah. Aktifis dakwah yang telah tertata hatinya adalah aktifis yang telah berhasil merintis tapak demi tapak jalan ke arah kebaikan. Tidak mengherankan ketika ia menjalin hubungan dengan sesama manusia pun menjadi sesuatu yang teramat mengesankan. Hati yang bersih akan mampu menaklukan hati orang lain dan itulah wasilah dakwah kita sebelum kita menaklukan hati orang lain. Abbas As-sisi mengatakan Abbas:

كَسْبُ الْقُلُوبُ مُقَدَّم على كَسْبِ العُقُولِ

”Menaklukan hati lebih didahulukan sebelum menaklukan akalnya.”

Hati yang bersih, ibarat magnet yang dapat menarik benda-benda di sekitarnya. Akan terpancar darinya akhlak yang indah mempesona, rendah hati, dan penuh dengan kesantunan. Siapapun yang berjumpa dengannya akan merasakan kesan yang mendalam, siapapun yang bertemu dengannya akan memperoleh aneka manfaat kebaikan, bahkan ketika berpisah sekalipun, orang seperti ini menjadi buah kenangan yang tak mudah dilupakan. Dan tentunya bagi seorang aktifis dakwah, hati yang bersih merupakan modal untuk dapat menaklukan hati-hati manusia untuk diajak ke jalan yang benar yang kemudian digiring bersama-sama untuk berjuang di jalan Allah swt.

Penting bagi setiap aktifis dakwah untuk mentadabburi hadits Rasul saw. berikut ini;

الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ .) رواه البخاري ومسلم(

”Ruh-ruh itu bagaikan prajurit yang selalu bersiap siaga. Maka siapa yang mengenalnya ia akan bersatu dan jika tidak mengenalnya akan berpecah.” (HR. Bukhori Muslim)

Subhanallah!, lebih dari semua itu, kebersihan hati pun ternyata dapat membuat hubungan dengan Allah swt. menjadi luar biasa membawa manfaat. Dengan berbekal keyakinan yang mendalam, mengingat dan menyebut-Nya setiap saat, meyakini dan mengamalkan ayat-ayat-Nya, membuat hatinya menjadi tenang dan tenteram. Konsekuensinya, dia pun menjadi lebih akrab dengan Allah, ibadahnya lebih terasa nikmat dan lezat. Begitu pula doa-doanya menjadi luar biasa mustajab. Mustajabnya doa tentu akan menjadi solusi bagi persoalan-persoalan hidup yang dihadapinya. Dan yang paling luar biasa adalah karunia perjumpaan dengan Allah Azza wa Jalla di akhirat kelak, Allahu Akbar. Allahu a’lam

Wednesday, May 26, 2010

BERSEDIAKAH AKU???

Dua hari lepas, semasa makan-makan dengan ahli rumah, timbul perbincangan berkenaan bila dah jadi suami nanti. Biasanya, apabila disebut pasal perkahwinan, orang sibuk membicarakan perihal pasangan yang hendak dikahwininya. Tetapi yang terharunya saya dalam perbincangan tengah makan itu, kami membicarakan bagaimana keadaan diri kami untuk menjadi suami.


“Al-Quran pun tak banyak baca.”


“Masjid pun tak istiqomah pergi”


“Subuh pun liat nak bangun”


“Kekemasan rumah pun susah nak jaga”


Ya. Bagaimana agaknya bila sudah berkahwin? Mungkin orang sibuk berfikir bagaimana mendalamnya cinta mereka kepada pasangan mereka boleh pergi selepas kahwin nanti. Tetapi entah kenapa, saya berfikir apakah aku ini mampu nak didik isteri dan anak? Mampu nak pimpin mereka untuk dapat redha Allah? Mampu nak didik mereka untuk menghala ke syurga?


Kalau kita berhenti pada persoalan mampu atau tidak, sudah bersedia atau tidak, mungkin hingga mati kita tidak akan dapat jawapannya kalau sekadar berfikir-fikir demikian. Maka saya mewujudkan satu persoalan lain yang lebih ‘bumi’ untuk difikirkan. “Sudahkah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk menjadi suami yang baik?”


Realiti sebuah pekahwinan


Seronok bila kahwin. Saya tak pernah nampak lagi orang yang berduka bila hendak berkahwin. Tetapi saya suka, dalam keseronokan perkahwinan, seseorang itu perlu memandang bahawa perkahwinan adalah gerbang kepada dunia yang lebih besar dan panjang. Jangan dilihat bahawa perkahwinan itu adalah Majlis Perkahwinan yang dihadiri ramai orang, tempohnya hanya sehari, disertai pelbagai program dan majlis makan sahaja. Tetapi selepas Majlis Perkahwinan itu wujud satu perjalanan panjang. Dan bukan keseronokan sahaja yang wujud di dalamnya.


Kita akan tinggal dengan pasangan kita dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Tidur dengannya, bangun dengannya, makan dengannya, tinggal bersamanya, dan bila ada masalah serta cabaran kita bersamanya. Dan tiada orang pada saya, bercita-cita berkahwin hanya sehari dua.


Kemudian bila Allah izin dapat anak, dengan anak pun sedemikian. Kita bersamanya dalam kebanyakan masa 24 jam sehari. Dan saya tak rasa ada orang yang nak anak dia mati selepas 2-3 hari.


Bersama mereka. 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggu sebulan, 12 bulan setahun, dan entah berapa tahun dalam kehidupan kita. Majoritinya mencecah puluhan. Kalau tak berusaha untuk bersedia, apakah akan terjadi sepanjang pengharungan alam yang panjang itu?


Suami adalah contoh


Bayangkan ya, dalam sepanjang kehidupan kita berumah tangga nanti, kita adalah seorang yang selalu bangun lewat subuh, jarang sungguh membaca Al-Quran, tidak pula menjaga kebersihan, apatah lagi masih suka melakukan dosa, bagaimana agaknya pasangan kita?


Ini adalah tanggungjawab besar selain memberikan nafkah. Menjadi contoh yang baik kepada isteri dan anak-anak.


Saya tidak dapat membayangkan kita bangun lewat Subuh dan isteri ikut bangun lewat sama kerana kita tak bangun awal Subuh. Anak juga kemudiannya terbiasa bangun lewat Subuh sebab kita tak kejutkannya Solat Subuh.


Saya tidak dapat membayangkan kita jarang sungguh membaca Al-Quran sehingga isteri pun rasa tidak mengapa tidak membaca Al-Quran. Anak juga kemudiannya rasa susah hendak suka dengan Al-Quran sebab kita pun jarang membaca Al-Quran.


Saya tidak dapat membayangkan kita masih suka buat dosa, jauh daripada Allah, sehingga isteri pun nanti rasa tidak kisah atas hal yang sama kerana merasakan itu perkara biasa. Anak juga kemudiannya rasa yang dosa itu bukan dosa sebab dia melihat kita melakukannya seakna itu perkara halal dan mendapat pahala sahaja.


Bagaimana? Tidakkah terasa bahawa berusaha ke arah persediaan adalah sesuatu yang urgen?


Yang akan dipersoal di akhirat


Suami, bapa, ketua keluarga, itulah yang paling berat persoalannya di hadapan Allah kelak. Satu perkara yang kita perlu ingat adalah kita akan dibangkitkan di hadapan Allah dan akan dipersoalkan. Maka bagaimana agaknya persediaan kita untuk menjawab persoalan Allah akan hal keluarga kita?


“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

-Surah AtTahrim:6-


Bagaimana pula kalau kita yang menjadi penyebab mereka ke neraka? Bukankah itu menyedihkan?


“Katakanlah lagi: “Sesungguhnya orang-orang yang rugi (dengan sebenar-benarnya) ialah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri dan keluarga mereka pada hari kiamat (dengan sebab perbuatan mereka memilih kekufuran atau kederhakaan). Ingatlah, yang demikian itulah kerugian yang jelas nyata.”

-Surah AzZumar:15-


Adakah kita hendak menjadi orang yang merugikan diri dan keluarganya sekali? Ketahuilah. Kahwin itu bukan sekadar majlis perkahwinan, dan tanggungjawabnya bukan sekadar nafkah.


Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang, dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

-Surah Toha:132-


Dan yang hendak memerintah, pastinya perlu melakukannya bukan?


Memang kalau nak tunggu sempurna tak akan sempurna


Memang kalau sekarang kita tanya diri kita, apakah aku telah sempurna untuk berkahwin, nak jadi contoh, memang tak akan kita mampu jawab sempurna. Jadi, apakah kita tidak boleh berkahwin sebelum sempurna?


Tidak. Saya tidak kata demikian. Memang tidak akan ada manusia yang sempurna. Tetapi setahu saya, ada manusia yang berusaha ke arah kesempurnaan itu. Sebab itu, persoalan yang saya timbulkan adalah, apakah kita telah berusaha untuk bersedia?


Semasa bujang kita mula jaga kekemasan, semasa bujang kita sudah usaha menyelesaikan hal Bangun Subuh, semasa bujang kita usaha memperkuatkan hubungan dengan Allah, semasa bujang kita usaha biar diri cinta dengan Al-Quran dan kebaikan, semasa bujang kita sudah usaha meninggalkan dosa-dosa dan memperkemaskan banyak amalan.


Apakah kita telah berusaha membiasakan diri kita untuk menjadi contoh?


Penutup: Saya percaya bahawa rumah tangga yang terbaik, adalah yang Allah redha


Saya percaya bahawa, rumah tangga yang terbaik adalah yang mendapat keredhaan Allah SWT. Dan saya pula percaya bahawa manusia tak akan mampu menjadi baik tanpa usaha. Sebab itu saya kira, hendak membina rumah tangga yang baik, maka manusia perlu berusaha untuk bersedia.


“Ala bro, lepas kahwin nanti baru fikir lah”


Ya. Mungkin boleh. Tetapi bagaimana agaknya kalau terlewat? Baru hendak berubah, anak dan isteri pula telah pekat dengan amal kita sebelum berubah. Bagaimana? Mengapa bila dikurniakan masa ketika bujang, tidak kita gunakan?


“ala, benda ni benda dah kahwin la bro. Pelajar-pelajar kena fikir belajar aja”


Oho. Maaf. Guru saya kata, hal perkahwinan kena fikir semasa dari tingkatan satu lagi. Ia menjana kematangan. Bukan fikir nak kahwin dengan siapa. Tetapi fikir nak hidup macam mana lepas kahwin nanti.


Maka, apa kata kita jangan lewat-lewatkan usaha kita? Mengapa tidak dari sekarang? Saya teringat kata-kata seorang ulama’:


“Ada beza orang yang beriman di awal Islam, dengan orang yang beriman selepas Fathu Makkah.”


Fikir-fikirkan.


“Dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

-Surah Toha:132-


Wallahu'alam
"agent of change"

Monday, May 17, 2010

BABI RADIX...?????


Assalamualaikum buat semua pembaca setia blog sy...
entry kali ni sy try untuk buat satu entry yg sempoi2
tetapi insyaAllah..dapat kesan yg mendalam insyaAllah....
jangan salah faham.....bukanlah isu babi yg cuba sy ceritakan..tetapi ia hanyalah sebagai satu analogi
yang sy cuba sampaikan pd entry ni...
nampak simple..tp mungkin memberi gambaran yang jelas dan boleh dikongsikan kpd sahabat- sahabat sekalian..

Seringkali kita dengar istilah "cinta Anta,anti"..couple islamic.. tp ade ke ek istilah2 ni semua??


Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa’(17) ayat 32: “Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Ayat ini memeng cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,”Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je” , “Kami keluar makan je” dan “Kami main SMS je.” Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi.Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah ‘walaa taqrobuu’ (jangan hampiri) dan bukannya kalimah ‘walaa ta`maluu’ (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melankah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber’couple’ adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.

masih kurang jelaskah segala dalil- dalil diatas?? kenapa manusia masih lg berdegil?? kenapa masih lg wujud couple2 islami..n so on...

Bebalik kepada analogi yg sy cubaa sampaikanlah ialah........


Bermualalah satu kisah....
sepertimana yang telah jelas lg bersuluh
"Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah, daging BABI, (daging hewan)
yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang
jatuh, yang ditanduk, yang diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu
menyembelihnya, dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala."[Al
Maaidah: 3]
`Babi` tu JELAS najis mughallazoh dan haram hukumnya untuk dimakan.....
pd satu hari...ade seorang usahawan cuba untuk membuat suatu kelainan dan cuba mengubah persepsi manusia bahawa babi ni yg haram hukumnya... boleh boleh jd halal....
timbullah satu idea dimana usahawan ni td bertekad untuk mengeluarkan "babi organik @ babi radix"..sepertimana yang dikeluarkan oleh syarikat HPA..iaitu ayam organik..
kalau ayam HPA tu die hanya bagi makan, makanan- makanan yg drpd sumber2 yang halal bercampur2 dengan herba2 yang berbagai seperti habbatussauda` si pengusaha babi ni td pun cuba melakukan
usaha yang sama bagi menghasilkan babi organik yang halal dan snagat berkhasiat..bahkan ape yang dilakukan jauh lebih hebat daripada apa yg telah dilakukan oleh syarikat HPA
ape yang dahsyatnya pengusaha nih sangat menjaga kebersihan kandang dimana tempat tinggal babi2 nih...dipasangkan ayat2 suci alquran bagi menghasilkan persetaran suasana islamic...
dilaungkan azan setiap kali masuk waktu solat...babi ini juga di samak badan mereka setiap kali waktu mandi..dan di `wudhuk` kn bagi mensucikan lg babi tersebut...
dari kecil sampai besar babi tersebut hidup dalam keadaan yang sangat `bersih` dan `suci` dek disamak dan diwudhuk kn setiap hari...(hahahahaha)
bila dah matang tibalah masa untuk disembelih..kesihatan babi tersebut dipastikan di dalam keadaan baik...setelah disembelih..daging tersebut disamak..
di `wuduk` kn..n so on bagi memastikan daging babi tersebut menjadi halal setelah disamak dan diwudhuk kn bagi mensucikanya ...jadi `halal` lah ia dengan sehalal2nya..-tamat-

Ape nih...ape ko cite nih pp..????babi radix?? ape ko merepek nih???
tak faham ke??? kenapa x faham??? sebab korang xnk berfikir...bukanlah niat saya mempermainkan hukum2 islam..akan tetapi cuba sahabat2 sekalian bandingkan...
apa bezanya `babi radix` nih...dengan ape yang cuba dilakukan oleh para2 couple2 islamik sekarang nih....
sy buat dialog cket ek..

saya : tau hukum couple?
couple islamik : tau....tp couple mcm mana bang...mereka buat..bla3.....kami lain.. setiap hari bertukar2 perkongsian ayat2 al-Quran, hadis..tazkirah.. untuk dihayati bersama(spt keadaan di kandang atas bg menghalalkan ape yang haram)
kami keluar je...xde pegang2 pun..xde sentuh2 pun..kalau kuar ade wuduk 2..sampai balik xbatal lah...


emm cukupla kot..rasanya para pembaca dah boleh tangkap ape yang saya cuba sampaikan....
sebarang keterlebihan dan keterlajuran dalam memberi contoh...analogi...adalah cetusan idea semata2 bg menjelaskan lg situasi...

An-Nu'man bin Basyir berkata, "Saya mendengar Rasulullah saw. bersabda, 'Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas, dan di antara keduanya terdapat hal-hal musyabbihat (syubhat / samar, tidak jelas halal-haramnya),

* tiada niat mempermain2kan hukum islam..
* tiada kaitan dengan syarikat HPA
* tiada kaitan anttara hidup dan yang mati..

" MENULIS UNTUK DIBACA..NUKILAN UNTUK SEMUA..YANG BAIK DIJADIKAN ILMU..YG BURUK JANGAN DICERCA"
oleh : Muhammad Afifi Sa`idan

Saturday, May 15, 2010

Dakwah Fardiyah

Muqaddimah

Ad-dakwah ila allah, menyeru manusia kepada Allah merupakan satu kewajipan kepada tiap-tiap muslim dan muslimat disetiap tempat dan masa. Terutamanya di masa kita ini ianya lebih wajib lagi. Kerana umat Islam kini diancam bahaya berupa serbuan ganas musuh-musuh Allah dari segenap penjuru, semata-mata bertujuan merampas teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Ianya merupakan satu kemuliaan yang besar bagi pendukung dakwah.

Siapakah yang lebih baik perkataannya drpd orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.
Surah Fushilat:33

Uslub dan Marhalah

Kita mestilah memahami realiti, latar belakang dan peribadi mad`u. Kewajipan kita ialah membawa mereka dari kekurangan ke arah kefahaman tuntutan Islam dan seterusnya membantunya merealisasikan kefahaman dan tuntutan itu menurut syariat.
Realiti masyarakat kini berada dalam keadaan kelemahan iman. Dengan disertai serangan pemikiran ( ghazwulfikri ) telah mebentuk suasana dan pemahaman yang cetek terhadap ke`izzahan Islam. Faktor-faktor ini seterusnya menjadikan muslim sebagai boneka atau senjata bagi memerangi Islam secara senyap mahupun terang-terangan.

Tertib dalam Dakwah kepada Islam
Pokok pangkal persoalannya di sini ialah bagaimana untuk membangkitkan iman dari jiwa mereka. 3 golongan manusia yang akan diseru kepada Islam:
1) Golongan yang lupa dan lalai
2) Golongan yang baik keadaannya
3) Golongan yang cinta dunia dan lali kepada Allah.

Bagi mereka yang lupa dan lalai, dakwah perlu dimulakan secara berperingkat-peringkat. Namun bagi menjimatkan masa, dakwah kepada individu yang baik keadaan dan akhlak perlu diteruskan bagi menjamin kesinambungan pelapis. Namun begitu, bagi golongan ke-3 perlu kesabaran dan mujahadah untuk berdakwah kepada mereka kerana mereka ini seolah-olah golongan yang sedang nyenyak tidur tatkala dalam medan peperangan.

Marhalah Dakwah Fardiyah

Marhalah 1:
Mewujudkan hubungan silaturrahim dan perkenalan (ta`aruf dengan mad`u)

Dalam peringkat ini, kita perlu menunjukkan seolah-olah kita telah lama mengenalinya dan kita mementingkannya dengan amali dan bukannya sekadar di mulut sahaja. Contohnya seperti selalu melawat biliknya dengan membawa buah tangan.

Kita tidak perlu membicarakan hal-hal dakwah secara langsung dengannya melainkan setelah hatinya terbuka dan bersedia mendengar. Keberkesanan peringkat ini bergantung sejauh mana perhatian dan kemesraan kita dengannya.

Marhalah 2: Membangunkan iman yang lumpuh di jiwa mad`u

Kita tidak boleh membicarakan tentang iman secara langsung. Namun, kita perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang terbuka. Ajaklah mad`u berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah. Contohnya: Kehidupan tumbuh-tumbuhan dan penciptaan unta.

Timbulkan persoalan dan perbincanan bersamanya. Bagaimana tumbuhan di bumi ini tumbuh dengan pelbagai bentuk sedangkan semuanya ditanam dan disiram di bumi yang sama. Bagaimana pula dengan penciptaan unta yang digelar kapal padang pasir dan kakinya mudah melalui kawasan-kawasan pergunungan.

Firman Allah swt: `Dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya bekata: Ya tuhan kami tidaklah Egkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. ( Ali Imran:191 )

Ayat ini menguatkan tentang kesedaran yang lahir dari berfikir akan melahirkan perasaan kagum dan ta`azim dengan kebesaran dan kehebatan Allah.

Bermula dari sinilah, iman dihatinya bangkit dan mantap lantas hati mula ingin mengenali Allah. Lantas lupa dari kelalaian dan lupa dan terus bersedia untuk beriman dengan hari akhirat.

Kemudian dia akan mengetahui tujuan dan tugas hidup di dunia ini. Firman Allah:
Maksudnya: Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.( Az-Zariyat: 56 )

Perbincangan ini berterusan dari sehari kesehari dan boleh dibincangkan tentang persoalan iman dan aqidah. Sehinggalah dia merasa dirinya lalai dan perlu kembali kepada Islam. Dikala ini mad`u semakin mudah ditarik dan diarah mengikuti ajaran-ajaran Islam.

Marhalah 3:
Menolong menyelesaikan urusan ( agama dan taat kepada Allah )
Ini supaya dia sibuk dengan ibadah dan lupa dengan maksiat serta menghiasi dirinya dengan akhlaq Islam.

Hadiahkan kepadanya buku-buku mudah seperti permasalahan aqidah, ibadah, akhlaq dan sejarah Islam. Sekali sekala ajaklah dia ke majlis-majlis ilu dan perkenalkan dia dengan orang-orang soleh dan ikhlas. Ini demi membentuk syakhsiah muslim dalam dirinya. Kita juga perlu terus berusaha supaya dia menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkannya cuai dan lalai.

Marhalah 4: Menjelaskan konsep ibadah yang syumul

Ibadah dalam Islam bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tetapi ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan dari bangun tidur sehingalah pada malam harinya. Hatta minum pun boleh menjadi ibadah. Sekiranya mencukupi 2 syarat:
1) Niat kerana Allah
2) Cara melaksanakannya sesuai dengan Islam

1) Niat selagi kita membuat kerana Allah yang tidak haram menurut pandangan Islam. Selagi itulah dinamakan ibadah. Contoh: makan dan minum kita bertenaga untuk taat kepada Allah dan beribadat kepadaNya. Ianya menjadi ibadat dan mendapat pahala.
2) Segala usaha dan amal perlulah sesuai dengan syariat Allah. Kita tidak makan dan minum kecuali yang halal.

setiap individu muslim mestilah mengikat seluruh kegiatan hidupnya, tidur dan bangunnya dengan syariat Allah.

Marhalah 5: Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
Kita perlu terangkan padanya belum cukup lagi sekiranya hanya kita sendirian sahaja yang muslim dan melaksanakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan larangannya.

Terangkan padanya bahawa Islam adalah merangkumi urusan-urusan jemaah ( masyarakat ). Satu peerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan Negara Islam. Ianya jihad dan satu umat. Fahaman ini mengajar kita tanggungjawab dan melaksanakan kewajipan yang meliputi kita. Dengan perlaksanaan itu, dapat dibangunkan sebuah masyarakat berasaskan kaedah-kaedah dan dasar-dasar Islam dalam segala jurusan politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan.

Wajib kita berusaha dan berjuan supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 193,Maksudnya: .sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga agama itu hanya untuk Allah semata-mata

Seruan ini mesti disampaikan kepada manusia seluruhnya.Kita teruskan persahabatan kita dengan mad`u sehingga dia dapat merasakan tanggungjawab am terhadap Islam dan muslimin. Dia akan beransur-ansur keluar dari kehidupan berseorangan lalu hidup di dalam jemaah Islam secara jamaie.

Kemudian, terangkan padanya tuntutan dakwah islamiyah dihari ini mewajibkan umat islam berusaha membangunkan daulah islamiyah yang melaksanakan syariat. Dari situlah khilafatul islamiyah dibangunkan kembali.

Betapa besarnya bencana yang menimpa umat islam pada hari ini, yang merosakkan aqidah, kehormatan wanita, kekayaan dirampas. Ini adalah natijah tidak adanya daulah islamiyah.

Marhalah 6:
Kepentingan Bersama Jemaah
Terangkan padanya kewajipan tadi tidak dapat dilaksanakan secara fardi. Jemaah adalah satu kemestian demi menyatu padukan segala usaha fardi.

Maksudnya: `Bahawa sesuatu yang tidak sempurna kewajipan dengan dia,maka dia juga menjadi wajib.`

Namun kewajipan ini bukanlah wajib aini tetapi ianya adalah wajib kifaie.Bukan sepertimana wajibnya solat.

Marhalah 7:
Jemaah yang Patut Dipilih

Jemaah manakah yang patut dimasukinya untuk berusaha dan beramal untuk Islam? Marhalah ini penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah ( kebijaksanaan ) penerangan yang jitu dan memuaskan. Terdapat banyak jemaah yang mempunyai lambang-lambang dan cara-cara yang tersendiri untuk menarik pemuda-pemuda kepadanya.

Urusan amal islami adalah yang menentukan dan asasi. Mestilah pandai memilih jalan yang patut dilalui.

Dia mestilah betul-betul memilih jemaah yang benar dan tidak perlu tergesa-gesa kerana ingatlah bahawa usia dan jjiwa kita hanya sekali sahaja.

Rasulullah merealisasikan tuntutan islam setelah menekankan dan pentingkan penegakan aqidah islam di dalam jiwa mukminin. Mendidik mereka dengan Al-Quran terbentuklah rijalul aqidah. Aqidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa lantas menjadi asas dalam kehidupan mereka. Merekalah yang menjadi teras yang kuat dalam pembinaan daulah islamiyah. Pemikiran kekuatan aqidah diikuti kekuatan kesatuan seterusnya kekuatan tangan dan senjata.

Jemaah yang perlu dipilih ialah:
A) Jemaah berjalan di atas jalan Rasulullah saw menekankan aspek tarbiyah
B) Jemaah yang menganut islam dengan segala kesyumulan meliputi seluruh aspek kehidupan
C) Jemaah yang mempunyai pengalaman dan berbagai cabaran
D) Jemaah yang teratur di dalam satu ikatan yang teguh dan perpaduan yang utuh

Namun asas yang perlu diperhatikan dalam setiap jemaah ialah dasarnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.
Bahawa perpecahan membahagikan usaha-usaha kepada jemaah-jemaah kecil. Jika ada jemaah yang telah memenuhi cirri-ciri tadi, maka tidak bolehlah ia mengibarkan bendera baru atau bernaung di bawah jemaah yang baru. Ianya memecah belahkan usaha islam.

Friday, May 14, 2010

Berkahwin Semasa Belajar...?????

Masa dulu aku sering mendengar keluhan rakan-rakan, abang-abang, pakcik-pakcik yang lebih senior dari aku tentang pernikahan.

“Allah, nak kahwin pun susah.” “emmm tak cukup duit lagi lah nak kahwin..bajet kahwin sekarang dekat RM15 ribu tau.”

dan macam-macam keluhan lagi yang ku dengar dari mereka.

Kini, tiba giliran aku pula mengeluh.

“Allah…”

Sepatutnya aku bersabar tapi apakan daya aku hanya manusia biasa yang tidak mempunyai iman yang tebal selalu sahaja mengeluh dan mengeluh. Sedangkan mengeluh itu hawa syaitan. Malah, sejak calon hati mengundurkan diri semakinlah keluhan dan rungutan bersilih ganti. Malah, calon yang Allah datangkan dalam istikharah pun mengundurkan diri juga. Allah, dugaan betul. Pilihan hati pun tak kena, pilihan Allah dan keluarga pun tak menjadi. Orang selalu kata ada hikmah di sebaliknya. Sedaya aku inginkan jalan bahagia, namun Kau uji diriku dengan jalan sengsara. Apa daya seorang hamba melainkan menerima dengan rela dan redha? Rela dan redhakah diriku?

Konflik Kahwin Ketika Belajar

Ramai yang memandang dari sudut yang pesimis apabila diajukan persoalan kahwin ketika masih belajar. Alasan-alasan yang popular adalah takut study terganggu, takut tak dapat fokus pada peperiksaan, takut jatuh pointer dan macam-macam lagi. Sedangkan pelbagai dugaan dan ranjau telah dilalui selama ini ketika menongkah naik memanjat tangga universiti hinggalah ke peringkat lebih tinggi. Mengapa tidak digalakkan pula nikah ketika belajar?

Ada beberapa sebab utama:

1. Apabila sudah kahwin, dengan automatiknya tanggungjawab bertambah. Iya ini benar, tetapi sedarkah semakin dewasa memang semakin bertambah dengan sendiri pun tanggungjawab itu. Oh, adakah kerana tidak bersedia? Jadi, bilakah waktunya dikatakan ’sudah bersedia’? Apabila sudah ada kerja, sudah ada gaji, sudah ada kereta dan rumah? Adakah itu yang dikatakan ‘bersedia’ ?

2. Alasan keibu-bapaan. Ramai ibu bapa malah mungkin 99% ibu bapa tidak membenarkan anak-anak mereka berkahwin selagi tidak tamat pelajaran. Kena tunggu sampai habis diploma la, habis degree la, habis master la. Kenapa perlu bertempoh? Dalam kitab fiqh disebut dua perkara yang harus disegerakan dalam Islam; mengurus jenazah dan pernikahan. Kenapa bila anak kata nak bernikah, kenapa kita harus halang? Kenapa ibu-bapa tidak boleh pandang dari sudut positif yang paling dalam? “Nak bagi makan apa anak dara orang? Makan pasir?” Siapa kita untuk mengatakan sebegitu? Malah, Allah membuka pintu rezeki orang yang bernikah kerana dengan nikah dapat menghalang penzinaan dan menutup pintu2 maksiat antara bukan mahram.

Lupakah kita pada firman Allah? :

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”
( سورة النور , An-Noor, Chapter #24, Verse #32)

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan Syurga itu, mereka berkata: Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya) dan disediakan untuk mereka dalam Syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya.”
( سورة البقرة , Al-Baqara, Chapter #2, Verse #25)

Nah, Allah sendiri memberi janji baikNya kepada mereka yang bertaqwa. Bernikah boleh meningkatkan iman seseorang, bernikah boleh menjadikan seseorang itu soleh dan solehah! Malah hati menjadi lebih tenang untuk beribadat pada Allah. Kenapa pula Allah takkan buka pintu rezeki pada orang-orang yang nak membaiki diri dan agamanya? Fikirlah wahai ibu bapa sekalian. Rezeki bukanlah di tanganmu, tapi di tangan Al-Khaaliq!

“Dan sesiapa yang berhijrah pada jalan Allah (untuk membela dan menegakkan Islam), nescaya dia akan dapati di muka bumi ini tempat berhijrah yang banyak dan rezeki yang makmur dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian dia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. “
( سورة النساء , An-Nisa, Chapter #4, Verse #100)

3. Pernikahan juga harus dilihat dari dimensi hijrah seorang muslim. Hijrah dari jahil kepada nur. Hijrah, tidak ingin lagi pada kemaksiatan remaja dan lagha. Hijrah, ingin salurkan nafsu syahwat pada saluran yang halal dan betul malah dapat pahala lagi. Hijrah, tidak mahu lagi hidup muda yang berfoya-foya dan berseronok. Perkahwinan juga adalah hijrah di jalan Allah. Jadi, para ibu bapa bukalah mata luas-luas, tukar persepsi anda itu yang berdegil ( degil ertinya menegakkan yang batil ) tidak membenarkan anak berkahwin. Jika anak anda menghampiri zina dan sebagainya di belakang anda, siapa yang bersalah? Bukankah Allah dah peringatkan di dalam kalamNya dengan pelbagai peringatan? Istiqomahlah, jangan degil.

4. Ibu bapa juga salah persepsi apabila memikirkan setelah sahaja anak-anak berkahwin, hubungan antara parents dan anak-anak terputus atau renggang. Tidak boleh lagi menegur dan berjumpa seperti biasa. Ini adalah pandangan yang silap. Anak-anak yang sudah berkahwin juga patut mengubah cara hidup yang songsang ni. Apabila sudah berkahwin pun, “birrul waalidaini” itu terus menerus sehinggalah ke akhir hayat tidak kira lelaki mahupun perempuan. Betullah perempuan itu adalah hak suaminya apabila sudah berkahwin, tetapi hak antara anak dan parents tetap tidak terputus. Hak tetap hak. Bukan diabaikan terus sepenuhnya hak tersebut.

5. Fakta kes, ibu bapa tidak menyakini potensi anak-anak remaja mereka yang masih muda dan mahu berkahwin. Sedangkan ibu bapa patut sedar, masa muda remaja anak-anak inilah mereka masih bersemangat dan terus bersemangat untuk membaiki diri serta membuktikan mereka boleh bertanggungjawab. Kalau iya pun, berilah syarat dan tunjuk ajar kepada mereka supaya mereka lebih memahami kehidupan berumahtangga. Jangan kondem terus. Cth syarat, “boleh kahwin, tapi mak nak kamu buktikan dalam tempoh sekian-sekian kamu dapat kejayaan dalam pelajaran dan bantu juga pasangan kamu berjaya sama, malah buktikan kamu dapat beli keperluan berumahtangga dalam tempoh sekian-sekian.”

6. Seterusnya, alasan paling regular apabila sebut tentang kahwin muda adalah takut cepat dapat anak. Adanya anak nanti akan mengganggu gugat fokus pada study. Ini saya tak nafikan di mana masa akan menjadi lebih rumit dan kompleks, mana nak bahagi masa untuk study lagi nak jaga anak sakit lagi, nak beli susu anak lagi. Tapi, tidak mustahil rancang dulu tentang anak ini betul-betul. Tetapkan dalam tempoh study ni, kalau boleh tak mahu ada anak lagi..mahu berkasih-sayang dulu dengan isteri puas-puas. Ramai sahaja yang merancang rumahtangga, ini tersangatlah elok andai kedua-dua tidak mampu jaga anak semasa study. Namun, ada juga yang mengatakan walaupun susah jaga anak masa study, tapi ia satu pengalaman yang menyeronokkan. Malah ramai sahaja yang berjaya dengan cemerlang berkat inspirasi anak-anak, isteri dan suami masing-masing. See, Allah tolong kita jika kita di jalan yang betul. Apa yang harus dihalang adalah couple yang bertujuan untuk berseronok-seronok sahaja. Couple dewasa kini hanyalah untuk mengenali hati budi sahaja, apabila tidak sesuai berlakulah perpisahan antara pasangan kekasih. Ini adalah bertentangan sekali dengan syarak yang membenarkan mengenali pasangan terlebih dahulu tetapi adalah ke jalan perkahwinan. Bukan untuk berseronok semata-mata.

7. Soal nafkah dan kerja juga menjadi soal utama yang dipersoalkan. Biasanya lelaki akan dipersoal bakal mentua atau keluarga sendiri. Kerja apa, macam mana nak sara keluarga nanti. Sebaiknya lelaki ada sedikit bekalan untuk menyara si isteri sepanjang tempoh belajar. Tidak lama, habis lama belajar pun 4 tahun sahaja. Takkan tidak boleh bertahan kot selama waktu tersebut. Pandai-pandailah berjimat untuk menyara isteri. Keluarga memainkan peranan penting juga, kalau boleh..fahamilah dan bantu anak kita tu sikit2 dari segi kewangan. Tak perlu banyak pun, bukannya nak tanggung sepuluh orang. Hanya dua orang je. Jadi, kalau boleh sama-samalah tolong menolong ke jalan kebaikan ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...