Masukkan kod di sini

Saturday, May 15, 2010

Dakwah Fardiyah

Muqaddimah

Ad-dakwah ila allah, menyeru manusia kepada Allah merupakan satu kewajipan kepada tiap-tiap muslim dan muslimat disetiap tempat dan masa. Terutamanya di masa kita ini ianya lebih wajib lagi. Kerana umat Islam kini diancam bahaya berupa serbuan ganas musuh-musuh Allah dari segenap penjuru, semata-mata bertujuan merampas teras dakwah Islam dari jiwa umat Islam.
Ianya merupakan satu kemuliaan yang besar bagi pendukung dakwah.

Siapakah yang lebih baik perkataannya drpd orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri.
Surah Fushilat:33

Uslub dan Marhalah

Kita mestilah memahami realiti, latar belakang dan peribadi mad`u. Kewajipan kita ialah membawa mereka dari kekurangan ke arah kefahaman tuntutan Islam dan seterusnya membantunya merealisasikan kefahaman dan tuntutan itu menurut syariat.
Realiti masyarakat kini berada dalam keadaan kelemahan iman. Dengan disertai serangan pemikiran ( ghazwulfikri ) telah mebentuk suasana dan pemahaman yang cetek terhadap ke`izzahan Islam. Faktor-faktor ini seterusnya menjadikan muslim sebagai boneka atau senjata bagi memerangi Islam secara senyap mahupun terang-terangan.

Tertib dalam Dakwah kepada Islam
Pokok pangkal persoalannya di sini ialah bagaimana untuk membangkitkan iman dari jiwa mereka. 3 golongan manusia yang akan diseru kepada Islam:
1) Golongan yang lupa dan lalai
2) Golongan yang baik keadaannya
3) Golongan yang cinta dunia dan lali kepada Allah.

Bagi mereka yang lupa dan lalai, dakwah perlu dimulakan secara berperingkat-peringkat. Namun bagi menjimatkan masa, dakwah kepada individu yang baik keadaan dan akhlak perlu diteruskan bagi menjamin kesinambungan pelapis. Namun begitu, bagi golongan ke-3 perlu kesabaran dan mujahadah untuk berdakwah kepada mereka kerana mereka ini seolah-olah golongan yang sedang nyenyak tidur tatkala dalam medan peperangan.

Marhalah Dakwah Fardiyah

Marhalah 1:
Mewujudkan hubungan silaturrahim dan perkenalan (ta`aruf dengan mad`u)

Dalam peringkat ini, kita perlu menunjukkan seolah-olah kita telah lama mengenalinya dan kita mementingkannya dengan amali dan bukannya sekadar di mulut sahaja. Contohnya seperti selalu melawat biliknya dengan membawa buah tangan.

Kita tidak perlu membicarakan hal-hal dakwah secara langsung dengannya melainkan setelah hatinya terbuka dan bersedia mendengar. Keberkesanan peringkat ini bergantung sejauh mana perhatian dan kemesraan kita dengannya.

Marhalah 2: Membangunkan iman yang lumpuh di jiwa mad`u

Kita tidak boleh membicarakan tentang iman secara langsung. Namun, kita perlu menggunakan peluang dan kesempatan yang terbuka. Ajaklah mad`u berfikir tentang kehebatan ciptaan Allah. Contohnya: Kehidupan tumbuh-tumbuhan dan penciptaan unta.

Timbulkan persoalan dan perbincanan bersamanya. Bagaimana tumbuhan di bumi ini tumbuh dengan pelbagai bentuk sedangkan semuanya ditanam dan disiram di bumi yang sama. Bagaimana pula dengan penciptaan unta yang digelar kapal padang pasir dan kakinya mudah melalui kawasan-kawasan pergunungan.

Firman Allah swt: `Dan memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya bekata: Ya tuhan kami tidaklah Egkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa neraka. ( Ali Imran:191 )

Ayat ini menguatkan tentang kesedaran yang lahir dari berfikir akan melahirkan perasaan kagum dan ta`azim dengan kebesaran dan kehebatan Allah.

Bermula dari sinilah, iman dihatinya bangkit dan mantap lantas hati mula ingin mengenali Allah. Lantas lupa dari kelalaian dan lupa dan terus bersedia untuk beriman dengan hari akhirat.

Kemudian dia akan mengetahui tujuan dan tugas hidup di dunia ini. Firman Allah:
Maksudnya: Dan tidaklah Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.( Az-Zariyat: 56 )

Perbincangan ini berterusan dari sehari kesehari dan boleh dibincangkan tentang persoalan iman dan aqidah. Sehinggalah dia merasa dirinya lalai dan perlu kembali kepada Islam. Dikala ini mad`u semakin mudah ditarik dan diarah mengikuti ajaran-ajaran Islam.

Marhalah 3:
Menolong menyelesaikan urusan ( agama dan taat kepada Allah )
Ini supaya dia sibuk dengan ibadah dan lupa dengan maksiat serta menghiasi dirinya dengan akhlaq Islam.

Hadiahkan kepadanya buku-buku mudah seperti permasalahan aqidah, ibadah, akhlaq dan sejarah Islam. Sekali sekala ajaklah dia ke majlis-majlis ilu dan perkenalkan dia dengan orang-orang soleh dan ikhlas. Ini demi membentuk syakhsiah muslim dalam dirinya. Kita juga perlu terus berusaha supaya dia menjauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkannya cuai dan lalai.

Marhalah 4: Menjelaskan konsep ibadah yang syumul

Ibadah dalam Islam bukan sekadar solat, puasa, zakat dan haji sahaja, tetapi ianya merangkumi seluruh aspek kehidupan dari bangun tidur sehingalah pada malam harinya. Hatta minum pun boleh menjadi ibadah. Sekiranya mencukupi 2 syarat:
1) Niat kerana Allah
2) Cara melaksanakannya sesuai dengan Islam

1) Niat selagi kita membuat kerana Allah yang tidak haram menurut pandangan Islam. Selagi itulah dinamakan ibadah. Contoh: makan dan minum kita bertenaga untuk taat kepada Allah dan beribadat kepadaNya. Ianya menjadi ibadat dan mendapat pahala.
2) Segala usaha dan amal perlulah sesuai dengan syariat Allah. Kita tidak makan dan minum kecuali yang halal.

setiap individu muslim mestilah mengikat seluruh kegiatan hidupnya, tidur dan bangunnya dengan syariat Allah.

Marhalah 5: Tidak mencukupi muslim hanya pada diri sendiri sahaja.
Kita perlu terangkan padanya belum cukup lagi sekiranya hanya kita sendirian sahaja yang muslim dan melaksanakan apa yang disuruh Allah dan meninggalkan larangannya.

Terangkan padanya bahawa Islam adalah merangkumi urusan-urusan jemaah ( masyarakat ). Satu peerintahan dan perundangan Islam. Satu daulah dan Negara Islam. Ianya jihad dan satu umat. Fahaman ini mengajar kita tanggungjawab dan melaksanakan kewajipan yang meliputi kita. Dengan perlaksanaan itu, dapat dibangunkan sebuah masyarakat berasaskan kaedah-kaedah dan dasar-dasar Islam dalam segala jurusan politik, ekonomi, perundangan, kemasyarakatan.

Wajib kita berusaha dan berjuan supaya Islam berkuasa di muka bumi. Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 193,Maksudnya: .sehingga tidak ada lagi fitnah dan sehingga agama itu hanya untuk Allah semata-mata

Seruan ini mesti disampaikan kepada manusia seluruhnya.Kita teruskan persahabatan kita dengan mad`u sehingga dia dapat merasakan tanggungjawab am terhadap Islam dan muslimin. Dia akan beransur-ansur keluar dari kehidupan berseorangan lalu hidup di dalam jemaah Islam secara jamaie.

Kemudian, terangkan padanya tuntutan dakwah islamiyah dihari ini mewajibkan umat islam berusaha membangunkan daulah islamiyah yang melaksanakan syariat. Dari situlah khilafatul islamiyah dibangunkan kembali.

Betapa besarnya bencana yang menimpa umat islam pada hari ini, yang merosakkan aqidah, kehormatan wanita, kekayaan dirampas. Ini adalah natijah tidak adanya daulah islamiyah.

Marhalah 6:
Kepentingan Bersama Jemaah
Terangkan padanya kewajipan tadi tidak dapat dilaksanakan secara fardi. Jemaah adalah satu kemestian demi menyatu padukan segala usaha fardi.

Maksudnya: `Bahawa sesuatu yang tidak sempurna kewajipan dengan dia,maka dia juga menjadi wajib.`

Namun kewajipan ini bukanlah wajib aini tetapi ianya adalah wajib kifaie.Bukan sepertimana wajibnya solat.

Marhalah 7:
Jemaah yang Patut Dipilih

Jemaah manakah yang patut dimasukinya untuk berusaha dan beramal untuk Islam? Marhalah ini penting tetapi sensitif. Ia memerlukan hikmah ( kebijaksanaan ) penerangan yang jitu dan memuaskan. Terdapat banyak jemaah yang mempunyai lambang-lambang dan cara-cara yang tersendiri untuk menarik pemuda-pemuda kepadanya.

Urusan amal islami adalah yang menentukan dan asasi. Mestilah pandai memilih jalan yang patut dilalui.

Dia mestilah betul-betul memilih jemaah yang benar dan tidak perlu tergesa-gesa kerana ingatlah bahawa usia dan jjiwa kita hanya sekali sahaja.

Rasulullah merealisasikan tuntutan islam setelah menekankan dan pentingkan penegakan aqidah islam di dalam jiwa mukminin. Mendidik mereka dengan Al-Quran terbentuklah rijalul aqidah. Aqidah ini menguasai perasaan, pemikiran dan jiwa lantas menjadi asas dalam kehidupan mereka. Merekalah yang menjadi teras yang kuat dalam pembinaan daulah islamiyah. Pemikiran kekuatan aqidah diikuti kekuatan kesatuan seterusnya kekuatan tangan dan senjata.

Jemaah yang perlu dipilih ialah:
A) Jemaah berjalan di atas jalan Rasulullah saw menekankan aspek tarbiyah
B) Jemaah yang menganut islam dengan segala kesyumulan meliputi seluruh aspek kehidupan
C) Jemaah yang mempunyai pengalaman dan berbagai cabaran
D) Jemaah yang teratur di dalam satu ikatan yang teguh dan perpaduan yang utuh

Namun asas yang perlu diperhatikan dalam setiap jemaah ialah dasarnya ialah Al-Quran dan As-Sunnah.
Bahawa perpecahan membahagikan usaha-usaha kepada jemaah-jemaah kecil. Jika ada jemaah yang telah memenuhi cirri-ciri tadi, maka tidak bolehlah ia mengibarkan bendera baru atau bernaung di bawah jemaah yang baru. Ianya memecah belahkan usaha islam.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...