Masukkan kod di sini

Saturday, August 7, 2010

MARHABAN YA RAMADHAN!!



~04~
Days To Go

Marhaban Ya Ramadhan, kita ucapkan untuk bulan suci itu kerana kita mengharapkan agar jiwa dan raga kita diasah dan diasuh, untuk melanjutkan perjalanan menuju ke pangkuan Allah S.W.T. Yuk bersiap sedia menghadapi bulan mulia ini dengan membaja benih2 kebajikan dalam jiwa.

KHUTBAH RASULULLAH MENYAMBUT RAMADHAN
Wahai manusia! Sungguh telah datang pada kalian bulan Allah dengan membawa berkah, rahmat, dan maghfirah. Bulan yang paling mulia di sisi Allah, hari-harinya adalah hari yang paling utama, malam-malamnya adalah malam yang paling utama, jam demi jamnya adalah jam-jam yang paling utama. Inilah bulan ketika kamu diundang menjadi tetamu Allah dan dimuliakanNya. Di bulan ini, nafas-nafasmu menjadi tasbih, tidurmu adalah ibadah, amal-amalmu diterima, dan doa-doamu diijabah. Bermohonlah kepada Allah Rabbmu dengan niat yang tulus dan hati yang suci agar Allah membimbingmu untuk melakukan syiyam dan membaca kitabNya. Celakalah orang yang tidak mendapat ampunan Allah di bulan yang agung ini. Kenanglah dengan rasa lapar dan hausmu, kelaparan dan kehausan di hari kiamat. Bersedekahlah kepada kaum fukara dan miskin. Muliakanlah orang-orang tuamu, sayangilah yang muda, sambunglah tali persaudaraanmu, jaga lidahmu, tahan pandanganmu daripada apa yang tidak halal kamu memandangnya, dan pendengaranmu daripada apa yang tidak halal kamu mendengarnya. Kasihanilah anak-anak yatim, nescaya dikasihi manusia anak-anak yatimmu. Bertaubatlah kepada Allah dari dosa-dosamu. Angkatlah tangan-tanganmu untuk berdoa pada waktu solatmu kerana itulah saat-saat yang paling utama ketika Allah memandang hamba-hambanya dengan penuh kasih. Dia menjawab mereka ketika mereka menyeruNya, menyambut mereka ketika mereka memanggilNya dan mengkabulkan doa mereka ketika mereka berdoa kepadaNya.


BAGAIMANA MENYAMBUT RAMADHAN MENGIKUT SUNNAH?

*
  • Menahan amarah lebih-lebih lagi bila ada orang cuba memulakan pergaduhan dengan kita. Rasulullah SAW mengajar jika ada orang menyakiti kita katakan: “ Sesungguhnya aku sedang berpuasa.. sesungguhnya aku sedang berpuasa.” [ Sahih al-Bukhari: 1904 {Kitab Puasa, Bab Mengatakan Aku Berpuasa Bila dicela}]
*
  • Menahan lidah dari mengumpat dan mengadu domba (gosip) yang bukan sahaja haram di dalam Ramadhan bahkan bulan-bulan yang lain. Sabda Nabi SAW: “Bukanlah puasa itu sekadar menahan diri daripada makan dan minum akan tetapi menahan diri daripada perkataan sia-sia dan kotor.” [riwayat al-Hakim, disahihkan al-Albani dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir:5376]
*
  • Menjaga solat fardhu berjemaah
*
  • Solat terawikh berjemaah bagi lelaki dan perempuan. Sabda Nabi SAW: “…Sesungguhnya sesiapa yang yang bersolat (terawikh) bersama imam sehingga selesai, maka Allah Menulis baginya (ganjaran seumpama) bersolat sepanang malam.” [riwayat an-Nasai’, disahihkan al-Albani dalam Sahih Sunan an-Nasai’:1604].
*
  • Bersahur dan sunat melewatkannya sehingga masuk waktu Subuh. Baginda SAW bersabda:“Bersahurlah kerana di dalam sahur itu ada keberkatan.” [Sahih al-Bukhari:1923]

~KEDATANGANMU KAMI NANTIKAN~


1 comment:

  1. salam, saya memang tertarik dengan blog cik ni. Saya berharap dapat link exchange dengan cik..

    Ni blog saya

    http://berkatrezeki.com/blog

    kalau sudi, email la saya kat tenteraangin@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...