Masukkan kod di sini

Friday, April 30, 2010

Matlamat sebuah kehidupan

Firman-Nya :

قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Assalamualaikum...
post kali ini saya try untuk berkongsi sepotong ayat yang mana sering kali kita baca
bahkan setiap kali solat kita baca ayat ini...

Akan tetapi adakah kita cuba memahami setiap lafaz yg kita ucapkan dalam solat-solat kita setiap hari???
sy ambil sepotong ayat sahaja untuk kita cuba sama-sama memaami
dan cuba hayati betul-betul...

sy xberniat untuk mentafsrkan ayat tersebut kerana sy bukanlah ahli tafsir...
cukuplah sekadar tafsir yang telah sy sertakan dibawah ayat tersebut..
makna ayat itu telah menunjukan dengan jelas apekah matlamat hidup kita di dunia ini...

sama-samalah kita muhasaah diri kita dengan membaca ayat tersebut...
cuba fahamkan...dan aplikasikan dalam kehidupan kita seharian bagi menuju redha Allah...
InsyaAllah...

WALLAHUA`LAM

Wednesday, April 28, 2010

Mukjizat cinta dan iman

CINTA adalah satu perkataan yang tidak asing lagi di telinga kita. Apalagi di kalangan remaja, kerana sudah menjadi anggapan umum bahawa cinta sinonim dengan ungkapan rasa sepasang sejoli yang mabuk asmara.

Ada yang mengatakan cinta itu suci, cinta itu agung, cinta itu indah dan terlalu indah hingga tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata, hanya dapat dirasakan dan sebagainya. Bahkan ada yang menggambarkan oleh kerana tersangat indahnya cinta, syaitan pun berubah menjadi bidadari “racun dirasa bagaikan madu?”

Yang jelas kerana cinta, banyak orang yang merasa bahagia namun sebaliknya kerana cinta ramai pula yang tersiksa dan merana. Cinta dapat membuat seseorang menjadi sangat mulia, dan cinta pula yang menjadikan seseorang menjadi sangat tercela.

Kita tahu bagaimana kecintaan Khadijah RA kepada Rasulullah SAW yang rela mengorbankan apa sahaja yang dimilikinya dengan perasaan bahagia demi perjuangan si kekasih yang menjadikannya mulia. Sebaliknya ada pemudi yang mengorbankan kehormatannya demi untuk menyenangkan si kekasih yang dia lakukan atas nama cinta. Atau ada remaja yang menghabiskan nyawanya (na’udzubillahi min zalik) hanya kerana cinta. Cinta yang sedemikianlah yang membawanya kepada kehinaan.

Lalu, Apa Sebenarnya Makna Daripada Cinta ?

Benarkah cinta hanyalah sepenggal kata namun mengandung sejuta makna?
Atau pendapat para filosofi bahawa makna cinta tergantung siapa yang memandang?

Rupanya tepat seperti ungkapan Ibnu Qayyim Al Jauziah tentang cinta, bahwasanya, “Tidak ada batasan tentang cinta yang lebih jelas daripada kata cinta itu sendiri.”

Ada pun kata cinta itu sendiri secara bahasa adalah kecenderungan atau keberpihakan. Bertolak dari sini cinta dapat didefinisikan sebagai sebuah gejolak jiwa dimana hati mempunyai kecenderungan yang kuat terhadap apa yang disenanginya sehingga membuat untuk tetap mengangankannya, menyebut namanya, rela berkorban atasnya dan menerima dengan segenap hati apa adanya dari yang dicintainya serasa kurang sekalipun, dan ia tumpahkan dengan kata-kata dan perbuatan.

Pandangan Islam terhadap Cinta

Cinta dalam pandangan Islam adalah suatu perkara yang suci. Islam adalah agama fitrah, sedang cinta itu sendiri adalah fitrah kemanusiaan. Allah telah menanamkan perasaan cinta yang tumbuh di hati manusia. Islam tidak pula melarang seseorang untuk dicintai dan mencintai, bahkan Rasulullah menganjurkan agar cinta tersebut diutarakan.

“Apabila seseorang mencintai saudaranya maka hendaklah ia memberitahu bahawa ia mencintainya.” HR Abu Daud dan At-Tirmidzi

Seorang muslim dan muslimah tidak dilarang untuk saling mencintai, bahkan dianjurkan agar mendapat keutamaan-keutamaan. Islam tidak membelenggu cinta, kerana itu Islam menyediakan penyaluran untuk itu (misalnya lembaga pernikahan) dimana sepasang manusia diberikan kebebasan untuk bercinta.

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” Q.S Ar-Ruum : Ayat 21

Ayat di atas merupakan jaminan bahawa cinta dan kasih sayang akan Allah tumbuhkan dalam hati pasangan yang bersatu kerana Allah (setelah menikah). Jadi tak perlu menunggu “jatuh cinta dahulu” baru berani menikah, atau pacaran dahulu baru menikah sehingga yang menyatukan adalah si syaitan durjana (na’udzubillahi min zalik). Jadi Islam jelas memberikan batasan-batasan, sehingga nantinya tidak timbul fenomena kerosakan pergaulan dalam masyarakat.

Dalam Islam ada peringkat-peringkat cinta, siapa yang harus didahulukan / diutamakan dan siapa / apa yang harus diakhirkan. Tidak boleh kita menyetarakan semuanya.

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksa-Nya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu).” Q.S Al-Baqarah : Ayat 165

Menurut Syaikh Ibnul Qayyim, seorang ulama di abad ke-7,

Ada enam peringkat cinta (maratibul - mahabah), iaitu:

1. Peringkat ke 1 dan yang paling tinggi/paling agung adalah tatayyum, yang merupakan hak Allah semata-mata. “Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Rabbul ‘alamiin.”

“Sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 165

Jadi, ungkapan-ungkapan seperti: “Kau selalu di hatiku, bersemi di dalam kalbu”
atau “Kusebutkan namamu di setiap detak jantungku”, “Cintaku hanya untukmu” dan sebagainya seharusnya ditujukan kepada Allah. Kerana Dialah yang memberikan kita segala nikmat/kebaikan sejak kita dilahirkan, bahkan sejak dalam rahim ibu. Jangan terbalik, baru diberi sekelumit cinta dan kenikmatan dari si “darling” kita sudah hendak menyerahkan jiwa raga kepadanya yang merupakan hak Allah.

Lupa kepada Pemberi Nikmat, “Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan (pada) pertukaran malam dan siang dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Dia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaan-Nya, kebijaksanaan-Nya dan keluasan rahmat-Nya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran”. Q.S Al-Baqarah:Ayat 164

2. Peringkat ke 2; ‘isyk yang hanya merupakan hak Rasulullah SAW. Cinta yang melahirkan sikap hormat, patuh, ingin selalu membelanya, ingin mengikutinya, mencontohinya, dan sebagainya, namun bukan untuk menghambakan diri kepadanya.

“Katakanlah (wahai Muhammad) : Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Q.S Aali Imran : Ayat 31

3. Peringkat ke 3; syauq iaitu cinta antara mukmin dengan mukmin lainnya. Antara suami isteri, antara orang tua dan anak, yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.

4. Peringkat ke 4; shababah iaitu cinta sesama muslim yang melahirkan ukhuwah Islamiah.

5. Peringkat ke 5; ithf (simpati) yang ditujukan kepada sesama manusia. Rasa simpati ini melahirkan kecenderungan untuk menyelamatkan manusia, berdakwah, dan sebagainya.

6. Peringkat ke 6 adalah cinta yang paling rendah dan sederhana, iaitu cinta/keinginan kepada selain dari manusia: harta benda. Namun keinginan ini sebatas intifa’ (pendayagunaan/pemanfaatan).

Hubungan Cinta dan Keimanan

Dalam Islam cinta dan keimanan adalah dua perkara yang tidak dapat dipisahkan. Cinta yang berlandaskan iman akan membawa seseorang kepada kemuliaan; sebaliknya cinta yang tidak berlandaskan iman akan menjatuhkan seseorang ke jurang kehinaan.

Cinta dan keimanan laksana kedua belah sayap burung. Al Ustadz Imam Hasan Al Banna mengatakan bahawa “dengan dua sayap inilah Islam diterbangkan setinggi-tingginya ke langit kemuliaan”. Bagaimana tidak, jikalau iman tanpa cinta akan pincang, dan cinta tanpa iman akan jatuh ke jurang kehinaan. Selain itu iman tidak akan terasa lezat tanpa cinta dan sebaliknya cinta pun tidak lezat tanpa iman.

Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW; “Barangsiapa ingin memperoleh kelazatan iman, hendaklah ia mencintai seseorang hanya kerana Allah SWT”. (Riwayat Imam Ahmad, dari Abu Hurairah)

Tidak heranlah ketika Uqbah bin Al Harits telah bercerai dengan isteri yang sangat dicintainya Ummu Yahya, atas persetujuan Rasulullah SAW hanya kerana pengakuan seorang wanita tua bahawa ia telah menyusukan pasangan suami isteri itu di saat mereka masih bayi. Allah mengharamkan pernikahan saudara sesusuan.

Demikian pula kecintaan Abdullah bin Abu Bakar kepada isterinya, yang terkenal kecantikannya, keluhuran budinya dan keagungan akhlaknya. Ketika ayahnya mengamati bahawa kecintaannya tersebut telah melalaikan Abdullah dalam berjihad di jalan Allah dan memerintahkan untuk menceraikan isterinya. Pemuda Abdullah memandang perintah tersebut dengan kacamata iman, sehingga dia rela menceraikan belahan jiwanya tersebut demi mempererat kembali cintanya kepada Allah.

Subhanallah, pasangan tersebut telah bersatu kerana Allah, saling mencintai kerana Allah, bahkan telah bercinta kerana Allah, namun mereka juga rela berpisah kerana Allah. Cinta kepada Allah di atas segalanya.

Bagaimana pula halnya dengan pasangan yang terlanjur jatuh cinta, atau yang berpacaran atau sudah bercinta sebelum menikah?

Hanya ada dua jalan; bersegeralah menikah atau berpisah kerana Allah, nescaya akan terasa lazat dan manisnya iman. Dan janganlah mencintai si dia lebih daripada cinta kepada Allah dan Rasul-Nya.

Dari Anas ra, dari Nabi SAW, beliau bersabda; “Ada tiga perkara dimana orang yang memilikinya akan merasakan manisnya iman, iaitu mencintai Allah dan rasul-Nya melebihi segala-galanya, mencintai seseorang hanya kerana Allah, dan enggan untuk menjadi kafir setelah diselamatkan Allah daripadanya sebagaimana enggannya kalau dilempar ke dalam api”. HR. Bukhari dan Muslim

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda; “Demi zat yang jiwaku ada dalam genggaman-Nya, kamu sekalian tidak akan masuk syurga sebelum beriman, dan kamu sekalian tidaklah beriman sebelum saling mencintai”. HR Muslim

Cinta Kepada Allah, Itulah yang Hakiki

Cinta bagaikan lautan, sungguh luas dan indah. Ketika kita tersentuh tepinya yang sejuk, ia mengundang untuk melangkah lebih jauh ke tengah, yang penuh rintangan, hempasan dan gelombang pada siapa saja yang ingin mengarunginya. Namun carilah cinta yang sejati, di lautan cinta berbiduk takwa berlayarkan iman yang dapat melawan gelombang syaitan dan hempasan nafsu, insyaAllah kita akan sampai kepada tujuannya iaitu: cinta kepada Allah, itulah yang hakiki, yang kekal selamanya. Adapun cinta kepada makhluk-Nya, pilihlah cinta yang hanya berlandaskan kecintaan kepada Allah dan Rasul-Nya. Bukan kerana bujuk rayu syaitan, bukan pula kerana desakan nafsu yang menggoda.

Cintailah Allah, berusahalah untuk menggapai cinta-Nya. Menurut Ibnu Qayyim, ada

10 perkara yang menyebabkan orang mencintai Allah SWT:

1. Membaca Al-Quran dan memahaminya dengan baik.
2. Mendekatkan diri kepada Allah dengan solat sunat sesudah solat wajib.
3. Selalu menyebut dan berzikir dalam segala keadaan dengan hati, lisan dan
perbuatan.
4. Mengutamakan kehendak Allah di saat berbenturan dengan kehendak hawa nafsu.
5. Menanamkan dalam hati Asma’ul Husna dan sifat-sifatnya dan memahami maknanya.
6. Memperhatikan kurnia dan kebaikan Allah kepada kita.
7. Menundukkan hati dan diri ke pangkuan Allah.
8. Menyendiri bermunajat dan membaca kitab sucinya di waktu malam ketika orang sedang nyenyak tidur.
9. Bergaul dan berkumpul bersama orang-orang soleh, mengambil hikmah dan ilmu dari mereka.
10. Menjauhkan sebab-sebab yang dapat menjauhkan kita daripada Allah.
Saling mencintailah kerana Allah agar dapat mendapatkan kecintaan Allah. Dalam hadith Qudsi Allah berfirman; “CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling mencintai keranaKu, CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang saling berkorban keranaKu, dan CintaKu harus Kuberikan kepada orang-orang yang menyambung hubungan keranaKu”.

Hiduplah di bawah naungan cinta dan saling mencintailah kerana keagungan-Nya, niscaya akan mendapatkan naungan Allah, yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya.

Dari Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda; “Pada hari kiamat Allah berfirman: Dimanakah orang-orang yang saling mencintai kerana keagunganKu? Pada hari yang tiada naungan selain naunganKu ini, Aku menaungi mereka dengan naunganKu“. HR. Muslim

Bahkan Allah memuliakan mereka yang saling mencintai dan bersahabat kerana Allah, yang membuat para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka mereka. Nasa’i meriwayatkan dengan sanad dari Abu Hurairah ra, Rasulullah bersabda; “Di sekeliling Arasy, terdapat mimbar-mimbar dari cahaya yang ditempati oleh suatu kaum yang berpakaian dan berwajah cahaya pula. Mereka bukanlah para nabi atau syuhada, tetapi para nabi dan syuhada merasa iri terhadap mereka”.

Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, beritahulah kami tentang mereka!”

Beliau bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai, bersahabat, dan saling mengunjungi kerana Allah”.

“Ya Allah, kurniakanlah kepada kami Cinta terhadapMu dan Cinta kepada mereka yang mencintaiMu, dan apa sahaja yang mendekatkan kami kepada CintaMu, dan jadikanlah CintaMu itu lebih berharga bagi kami daripada air yang sejuk bagi orang yang dahaga”.

Akhirul qalam, bertanyalah pada diri kita sendiri:

1. Sudahkah aku menemukan cinta yang hakiki, cinta yang sejati dalam hidup ini?
2. Sejauh mana aku mengenal-Nya, asma’ (nama)-Nya, sifat-sifat-Nya, kehendak-Nya, larangan-Nya?
3. Seringkah aku mengingati-Nya, menyebut nama-Nya melalui zikir-zikir yang panjang?
4. Seringkah aku mendekatkan diri kepada-Nya dengan solat serta ibadah-ibadah lainnya?
5. Seringkah aku merintih, mengadu dan mengharap kepada-Nya melalui untaian doa yang keluar dari lubuk hati.
6. Sudahkah aku mengikuti kehendak-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya?
7. Apakah aku mencintai seseorang kerana-Nya atau kerana dorongan nafsuku sendiri?
8. Sejauh mana aku berusaha untuk mengekang hawa nafsuku sendiri?

Wallahu’alam.


Tuesday, April 27, 2010

OPEN YOUR EYES




Look around yourselves
Can't you see this wonder
Spreaded infront of you
The clouds floating by
The skies are clear and blue
Planets in the orbits
The moon and the sun
Such perfect harmony

Let's start question in ourselves
Isn't this proof enough for us
Or are we so blind
To push it all aside..
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Look inside yourselves
Such a perfect order
Hiding in yourselves
Running in your veins
What about anger love and pain
And all the things you're feeling
Can you touch them with your hand?
So are they really there?

Lets start question in ourselves
Isn't this proof enough for us?
Or are we so blind
To push it all aside..?
No..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

When a baby's born
So helpless and weak
And you're watching him growing..
So why deny
Whats in front of your eyes
The biggest miracle of life..

We just have to
Open our eyes, our hearts, and minds
If we just look quiet we'll see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Open your eyes and hearts and minds
If you just look bright to see the signs
We can't keep hiding from the truth
Let it take us by surprise
Take us in the best way
(Allah..)
Guide us every single day..
(Allah..)
Keep us close to You
Until the end of time..

Allah..
You created everything
We belong to You
Ya Robb we raise our hands
Forever we thank You..
الحمد الله
Alhamdulillah..

Wednesday, April 21, 2010

KITARAN BODOH

Assalamualaikum w.b.t.

Kita mulakan dengan berfikir tentang kehidupan yang indah ini. Pernah tak anda berada dalam keadaan yang sangat sugul, dan anda ingin menghabiskan sepenuh hari anda dengan Tidur? Kalau tidak pernah, tak mengapa. Kita susuri hidup seorang hamba Allah ini. Seorang hamba yang hidupnya hanya ada tidur, tidur sahaja.



Jadual Tido, untuk orang yang suka tidur:






Jam 7 pagi-11 pagi : "Ngantuklah, semalam tak cukup tidur"

ok la tu...

Jam 11 pagi-1 petang : "Kailullah"

aik...

Jam 2 petang-4 petang : "Baru lepas makan, terasa mamai sahaja, tidur je la"

em...

Jam 5 petang-7 petang : "Malas la pula nak main sukan, geli peluh... Hujan-hujan ni, best tidur ni..."

lor...

Jam 8 malam- 10 malam : "STUDI!!!"

Bagus2...

Jam 10 malam, hingga pagi : "Kena tidur awal ni, esok nak bangun awal" :P

Lar,


Pasti ramai akan tertanya-tanya, siapakah gerangan orangnya yang hidupnya sebegini. Tidak kurang pula ada sahabat saya yang berkata kepada saya, "Ana ke yang nta describe dalam blog tu?".. Huhu.. Bukanlah tugas saya untuk memalukan sesiapa, atau menghukum (Nahnu Duat wa la Qodo = Kami Pendakwah, Bukan Penghukum)... Tapi ada satu agenda yang ingin disampaikan... Siapakah individu ini bukan persoalannya, namun soalannya ialah siapakah kita?

Ramai yang beranggapan bahawa kitaran orang yang diatas ini sangat membosankan. Mereka melalui hari sama sehari-hari. Secara terang-terangan. Kita bagaimana pula? Adakah kita berada dalam kitaran sebodoh itu?

Ramai yang tidak tahu hidup mereka saban hari adalah SAMA!!! Ramai yang tidak tahu bahawa mereka ini umpama robot-robot yang tunggu masa untuk ranap dimamah usia,,,

Dan pasti ramai yang tidak menyangka, kitaran hidup mereka bodoh, lebih bodoh daripada kitaran hidup Cheetah, Tenuk mahupun semut. Mereka umpama robot yang tidak mengikut kehendak Tuan mereka!!! Yang tidak mengikuti arahan dari Mother Board...



Apa Beza kita dan Cheetah?



Kita dilahirkan dalam Rahim ibu
Cheetah dilahirkan dalam Rahim ibu

Kita disusukan oleh ibu kita
Cheetah juga menyusu

Kita dituntun oleh ibu kita agar boleh berjalan
Cheetah ditanduk-tanduk oleh ibunya

Kita diajar bercakap
Cheetah diajar mengaum (bukan mengembek mahupun mengerih)

Kita diajar makan makanan berkhasiat
Cheetah diajar makan berkhasiat untuknya (daging)

Kita masuk tadika, diajar menulis
Cheetah masuk tadika, diajar mengenal haiwan lain

Kita masuk sekolah, diajar ilmu-ilmu dunia
Cheetah masuk sekolah, diajar memburu

Kita masuk universiti, belajar ilmu-ilmu gempaq
Cheetah masuk universiti, diajar segala apa yang perlu untuk boleh hidup sendiri

Kita ada praktikal sebelum bekerja
Cheetah berpisah dari ibunya sesudah matang untuk mula praktikkan ilmunya

Kita kerja untuk rasa kesenangan dunia
Cheetah sudah mula ada jajahan mereka sendiri

Kita kahwin kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis
Cheetah mengawan kerana ikut fitrah sukakan lawan jenis (Cinta berputik)

Kita dapat anak untuk sara kita masa tua
Cheetah ada anak untuk pertahankan kelompok mereka

Kita tua
Cheetah tua

Kita mati
Cheetah mati



COPY FROM : http://narawastuilmu.blogspot.com/2009/01/kitaran-bodoh.html


"so macam mana nk buat kitaran hidup kita ni xsama macam makhluk2 Allah yg lain?? ape yang membezakan kita sebagai manusia dengan cheetah 2?? ape peranan sebenar kita kat dunia ni ek?????"

Kitaran Bodoh

PERHATIAN!



entri kali ini menuntut kau agar membayangkannya semasa membaca. Jika tidak, mungkin sukar untuk kau mengalami sndiri perasaan itu...









Tersebut satu kisah di sebuah kampung nelayan. Letaknya sangat hampir di persisiran pantai. Pantai yang pasirnya putih. Lihat pula ke lautnya. Airnya biru. Seluas mata memandang.




Alihkan pula pandanganmu ke arah sebuah rumah di persisiran. Seorang pak cik yang tua lingkungan 50an sedang duduk berehat di pangkin. Sambil tangannya membelek2 pukat yang di jemur. Barangkali ada mana2 bahagian yang koyak fikirnya. Ku namakan saja pak cik itu Pak Tam. Sebuah teko berisi teh panas yang masih berasap. Disebelahnya ubi rebus bersama kelapa parut. Pak Tam ambil satu ubi itu, dicicahnya pada kelapa parut. Aduh!!! Enaknya.. meliurkan sungguh! Pak Tam baring di pangkin. Penangan berbisa dari ubi rebus dan angin sepoi2 bahasa membuatkan Pak Tam ingin terlena memejam mata.




Tiba-tiba...




" Assalamualaikum..! Tam! ", seorang pak cik tua datang. Pak Mat namanya.




" Waalaikumussalam..! Yo Mat. Ko ni aku baru nak relax kejap. Kacau daun betullah! ", jawab Pak Tam.




" Yela2, aku balik dulu la!.." dengus Pak Mat. Muncung bibirnya. Marah kerana kehadirannya yang tak diundang tak di sambut pula.




" Alah2.. Dah tua berjanggut pon nak merajuk lagi. Tu, dipangan ubinya.." gurau Pak Tam




Wajah Pak Mat kembali bercahaya. Di pulunnya ubi rebus dengan kelapa parut. Kecap2 bunyinya.




" Ko datang ni nape, Mat? Ade pape kabo ke..? ", tanya Pak Tam.




" Saje datang. Nak ziarah ko la Tam. Nak ke laut pon masih belom sesuai. Angin masih kuat kat laut tu. Silap2 kalo pergi jugak ke laut tu, balik jadi arwah nanti.."..




" Ader ke ke situ pulak..! ", ngomel Pak Tam. Kurang gemar dengan kata2 Pak Mat tadi.




" Sementara duduk ni kan Tam.. apa kata kita plan camner nak bagi hidup kita senang sikit. Asyik2 nelayan ni kerjanya sama. Dapat duit pon tak seberapa. cukup2 bagi anak bini kita makan je la.... ", luah Pak Mat sambil membawa pandangannya ke laut.




" Aku rasa setakat ni takde lah segkek sangat hidup. Takde lah sampai tak makan. Setakat duit untuk dapur tu berasap dengan duit belanja anak aku sekolah tu bolehlah..." balas Pak Tam.




" Aku ingat nak carik duit lebih la Tam.. buat tambah2..."




" Ha..camner tu Mat ? ..." tanya Pak Tam dengan penuh rasa ingin tahu.




" Macam ni.. Aku cadangkan kita pergi ke laut yang lebih dalam lagi. Lebih jauh lebih dalam..."




" Tak bahaya ke ? Buat apa nak pegi jauh2.? "




" Lagi jauh, laut kan lagi dalam. Banyak la dapat ikan Tam oii! Apelah ko ni..! " bentak Pak Mat. Tak sangka begitu dungu Pak Tam. Yang senang pun tak dapat nak fikir!




" o0o OK. Pastu kalau dah banyak ikan...nak buat apa?"




" Kita juallah Tam. Banyak yang kita jual, banyak lah duit yang kita dapat. Duit tu kita guna lah buat beli pukat yang baru, perahu yang lebih besar.... " jawab Pak Mat sambil memejamkan mata. Membayangkan hasil yang akan di peroleh.



" Oh macam tu ye Mat.. Aku sambung pulak cerita kau. Lepas kita beli pukat yang baru, kita beli perahu yang lebih besar, kita upah la banyak pekerja.. kan Mat? Ringan sikit beban kita nanti..."



" Tak sangka.. bijak pulak kawan aku sorang ni. Pekerja dah banyak Mat... tentu hasil kita pun akan lebih banyak. Sebab lebih ramai yang akan keluar untuk pukat ikan2 kat laut tu. Memang untung besar Tam.. Untung kita! "



" Ye lah tu...."



" Aku dah rasa bau2 duit la kat sini. Rumah kita akan jadi lebih besar. Anak kita pun gembira, isteri kita pun lagilah Tam. Kalau dulu mungkin semayang dua tapi lepas ni mana tahu boleh sampai ke sini.." angan Pak Mat sambil menunjuk arah siku. " Bahagia kita Tam..." tambahnya lagi..



" Mat, kau rasa, aku yang tengah duduk berbaring atas pangkin ni, kena pulak dengan ubi rebus ni, dangin sepoi2 bahasa pulak tu... tak bahagia..? " Pak Tam mula menunjukkan belang geniusnya.

" Panjang sangat jalan kau tu. Habis2 nak kejar benda yang sama jugak kan..? Macam duduk2 kat sini... Hati tenang. Tak payah risau2 nak fikir banyak benda.", Pak Tam melontarkan kata2 yang ' menyerang ' Pak Mat. Bertalu2 seperti bunyi das meriam ketika portugis menyerang Melaka.

REZEKI OOO REZEKI

Perkara inilah yang sering kita jadikan alasan untuk menyibukan diri dengan urusan dunia. Lebih2 lagi untuk yang sudah bekerja. Makan, pakai, tempat tinggal, semua sudah serba cukup. Apa lagi kehendak hati yang mahu di penuhi


"MANUSIA APABILA TIDAK MEMIKIRKAN SESUATU PERKARA BESAR....MAKA MEREKA AKAN SIBUK MEMIKIRKAN BENDA2 KECIL"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...