Masukkan kod di sini

Friday, January 14, 2011

judge book by its cover???

kenape tak nak tutup aurat???

"sebab xready"..."sbb ikut trend"

"aku bukan bunuh orang pun"

"besar sgt ke salah aku"

"xsemestinye yg pakai tudung tu baik.."

"dont judge a book by its cover"

okay..cube bace ni..

Assalamualaikum WBT.

Apa kita nak jawab, kalau kita tegur adik kita, kawan kita, awek kita, bini kita dan sesiapa sahaja makhluk yang bernama perempuan yang wajib menutup aurat. Aku jenguk-jenguk beberapa forum budak-budak baya aku, portal-portal budak matriks, maka aku jumpa satu persoalan yang menyatakan " Don't Judge a Book by It's Cover". Pendek ceritalah, dia nak kata janganlah kita nak kata mereka yang tak tutup aurat sebagai makhluk yang jahat, ataupun yang tutup aurat ni konon-konon hamba Allah yang taat. Lebih kurang gitulah maksudnya.

Sekali dia cakap macam tu, mesti kita yang nak tegur tu rasa tercabar (yeke?). Tapilah aku rasalah, apa diorang kata nonsense macam budak tak pergi sekolah. Oi! Takkanlah orang nak buat cover kitab hadith, tafsir, buku matematik, bahasa melayu ect dgn gambar perempuan tengah posing gila menggoda menggoncang iman. Kau pernah nampak ke buku-buku tu disaluti gambar-gambar bogel.

Kalau ikut otak budak-budak yang macam tu, makanya halallah kita nak buat cover buku-buku tu dengan gambar porno, betul tak wahai insan-insan feminis sekalian?. Allah dan bagi akal tu, gunalah sikit. Orang kafir pun tak fikir macam tu. Takdenye orang kafir, atau sami kat kuil tu nak balut kitab agama diorang dengan gambar bogel, porno, lucah etc. Ni insan-insan feminis yang konon otak maju menggunakan istilah yang tak relevan ' Don't Judge A Book By It's Cover.

Maka berkokoklah mereka berkata, meh kita lihat, tengak budak-budak tutup aurat pun buat maksiat gak. Tengok kat taman bunga, dok main ringan-ringan dengan balak lagi. Siap tangan balak merayap bawah tudung. Tu baru ringan-ringan, ada yang sampai dah tahap 'berat-berat', takkan dah lupa kot cerita seks gadis bertudung dalam internet dulu!!
Maka berseronoklah insan-insan yang mahu mempertahankan promosi murahan tubuh mereka. Apa lah budak-budak feminis ni (dan orang yang nak perjuang hak asasi peribadi sampai berbogel pun boleh)?

Memanglah ada budak yang tutup aurat buat maksiat. Habis tu kau nak pukul rata yang pakai tutup aurat buat maksiat, jadi kesimpulan jangan tutup aurat? Apalah singkat benar pemikiran kamu wahai insan-insan yang konon berfikiran maju.Kalau kau nak berjaya dalam pelajaran, kau nak banding diri kau dengan budak yang asyik tak lulus periksa ke atau kau nak banding dengan budak yang result selalu gempak? Kalau kau nak berjaya dalam perniagaan, kau nak banding dengan orang yang asyik makan gaji, atau orang yang dah kaya-raya dengan perniagaannya. Jadi, pendek kata, kalau kau nak berjaya, maka bandingkanlah dengan orang yang lebih berjaya daripada kau. Jadi, dah kau pergi banding diri kau dengan budak-budak yang tutup aurat yang tak reti jaga maruah apsal? Pergilah banding diri kau dengan budak-budak yang tutup aurat, yang jaga maruah, pendek kata budak-budak yang jaga tatatusila agama dan baik akhlak peribadinya. Takkan tu pun tak reti. Benda mudah kau cari jalan pusing sana, pusing sini, konar sana, konar sini.

Oklah. Aku nak buat sedikit perbandingan. Dialog yang aku reka antara seorang polis dengan penagih dadah:

Polis: Kau tahu tak hisap dadah ni tak elok. Merbahaya. Blalalala. Boleh dihukum blablabla.

Penagih dadah: Eh polis. Macamlah orang yang tak hisap dadah tu baik sangat. Ada yang gak yang bunuh orang, rogol anak orang!

Dialog polis dengan pembunuh:

Polis: Yang kau bunuh dia buat apa. Kau tahu tak, zalim perbuatan kau tu.

Pembunuh: Hek elleh. Macamlah manusia yang tak bunuh orang tu baik sangat. Aku bunuh je. Ada manusia tu tak bunuh orang tapi dia rogol anak sendiri, liwat anak orang, dera bini sendiri. Lagi zalim apa!

Jadi apa kesimpulannya: Aku tahulah nak tutup aurat tu bukan tugas aku nak paksa. Aku kalau budak yang tak nak tutup aurat tu jawab "Insya-Allah, bila sampai masa saya tutup aurat" sedap sikit telinga aku dengar. Takpun, " Terima Kasih ye sebab nasihatkan saya". Tak pun kalau korang tak nak jawab apa-apa kat orang yang nasihat korang tu, senyap-senyap dahle. Janganlah bagi alasan bodoh macam tu.

Ini juga satu peringatan dekat manusia yang mahu menasihati mereka. Janganlah kurang ajar sangat pergi cakap "Kau ni apa tak tutup aurat, nama je selalu solat, baik tak yah solat". Hei, siapa ajar kau buat macam tu. Dia tak tutup aurat kes lain, dia solat kes lain. Tu kira elok dia solat, kalau dia tak solat langsung? Jadi, bila nak tegur jangan babitkan hal lain, kalau dia silap bab aurat, tegur bab aurat jelah. janganlah pergi bukak bab lain. Aku cakap macam ni sebab aku selalu dengar orang cakap " Kau ni sia-sia jelah solat, aurat kau bukak gak depan bukan mahram", " Kau ni baik kau bukak jelah tudung kau tu, macam aku tak tahu pagi tadi kau tak solat Subuh" dan lain-lain. Janganlah buat macam tu, sebab satu silap dia kau nak balun semua peribadi dia.

Wednesday, December 29, 2010

PTPTN Baru Berasaskan Ujrah

Assalamualaikum...

disini sy kongsikan bersama kepada para pembaca blog saya ulasan dan penjelasan

konsep ujrah yang ditulis oleh ustaz Zaharudin Abd Rahman..

diharap bermanfaat buat semua..wallahua`lam..


PTPTN Baru Berasaskan Ujrah : Ulasan Saya

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

ptptnpic.jpg

Ada yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada konsep ujrah.

Konsep ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Atas dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.

Apa yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance' atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara kiraan riba oleh bank-bank konvensional.

Dengan konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 - 48 %.

UJRAH

Untuk pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya, sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja tetap di institusi awam dan swasta. Ia juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah kontrak wakil (agency)seperti seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.

Justeru, apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?

Secara dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.

YANG BERBEZA

Bagi konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :

Upah = Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik

Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-

Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)

= RM 2,100

Maka jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100

Jumlah ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.

APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA JUGA

Walaupun tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan kefahaman ilmu muamalat Islam.

Justeru, sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.

Sekadar ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu, institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan berubahnya jumlah pemberian pinjam.

Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.

Menurut keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam hanyalah kos sebenar yang lahir dari urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.

Cara kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan formula berikut[1]:-

Ujrah = Actual Administrative Expenses During The Year x 100

Average Asset During The Year

Untuk mendapatkan average asset during the period berikut formulanya :

Average asset = A1 + A2

2

Nota Keterangan

A 1 : Total asset at beginning of the period

A 2 : Total Asset at the end of the period

Cara inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama sedunia.

KESIMPULAN

Apapun, yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru, tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Sha'ban 1430 H

08 Ogos 2009

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...